Monday, 8 August 2011

HUKUM WANITA MEMAKAI BAU-BAUAN


Hukum wanita memakai bau-bauan mempunyai beberapa keadaan.Adakalanya wajib,adakalanya sunat,adakalanya makruh dan adakalanya haram,Tidak seperti kaum lelaki,hukum memakai bau-bauan sunat sepanjang masa,kecuali terdapat keterangan yang menghukum sebaliknya.
 
1)Waktu Wajib Wanita Berwangi-wangi
     Hukum wanita memakai wangi-wangian adalah wajib,iaitu ketika suami ada di rumah,khususnya ketika hendak melayan suami diwaktu malam,hendaklah mereka lebih dahulu bersolek dan memakai wangi-wangian,Selain daripada tujuan tersebut tidak diwajabkan.

2)Waktu Sunat Wanita Berwangi-wangian

     1.Ketika berada dirumah
     2.ketika hendak bersembahyang dan beribadah
     3.ketika menyambut tetemu wanita

3)Waktu Makruh Wanita Memakai Wangi-wangian

     Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh,Ini telah umum disepakati oleh para ulama dan terdapat penjelasan didalam bab puasa.

4)Waktu Haram Bagi Wanita Berwangi-wangian

      1.Ketika keluar ruma untuk ke majlis yang diluluskan oleh syariat
      2.Di hadapan lelaki bukan mahramnya,tujuan memikat lelaki
      3.Ketika ke masjid bersembahyang jemaah.

No comments:

Post a Comment