Diceritakan bahawa Umar bin Khathab berjalan-jalan di pinggir kota. Beliau melihat seorang pemuda membawa botol yang disorok di balik bajunya. Lalu Umar berkata, " Wahai pemuda, apa yang kamu sorokkan di balik bajumu itu?" Sebenarnya dia membawa arak namum takut untuk mengatakannya. Maka dalam hatinya berdoa, "Ya Tuhanku, jangan engkau beri aku malu di hadapan Umar, jangan engkau bukakan rahsiaku kepadanya. Aku berjanji tidak akan minum arak selamanya." Kemudian pemuda itu berkata," Wahai Amirul Mukminin, yang aku bawa ini adalah cuka." Lalu Umar berkata." Cuba bawa ke sini aku lihat." Kemudian pemuda itu mengeluarkannya dan diperiksa oleh Umar dan ternyata benar arak itu bertukar menjadi cuka. Maka lihatlah kepada makhluk yang bertaubat hanya kerana takut kepada makhluk saja. Allah lantas mengganti araknya dengan cuka kerana tahu keikhlasan dia bertaubat. Maka seandainya orang yang melakukan kejahatan, ia lantas bertaubat nasuha dan menyesal dosanya, tentu Allah akan menerima taubatnya. Allah akan menukar arak kejahatan kepada cuka ketaatannya.
Bertaubat adalah wajib bagi setiap muslim. Allah SWT telah berfirman:
"Wahai orang-orang mukmin, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha..."
(Q.S. At Tahrim: 8)
No comments:
Post a Comment