~>Berusahalah berapa daya untuk bertutur dalam bahasa arab yang betul,kerana bahasa arab yang betul adalah syair agama Islam.
~>Apabila saudara mendengar azan,bangunlah solat serta merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
~>Jangan banyak bertengkar dalam apa pekara juapun,kerana pertengkaran kosong tidak memberi apa-apa kebaikan.
~>Bacalah Al-quraan atau buku-buku berguna,perdengarlah mendengar pekara yang baik atau amalkan zikrullah .Jangan sekali-kali membuang masa walau sedikitpun dalam pekara tidak berfaedah
~>Jangan banyak ketawa ,kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu selalunya tenang dan tenteram.
~>Jangan bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam sebarang ketawa.
~>Jangan saudara bercakap lebih nyaring daripada yang di kehendaki oleh pendengar ,kerana yang demikian itu adalah sia-sia malah,menyakiti hati orang lain.
~>Jauhi mengumpat peribadi orang lain,dan jangan bercakap melainkan apa yang boleh memberi kebaikan.
~>Berkenal-kenalan dengan setiap saudara Muslim yang saudara temui,sekalipun ia tidak minta untuk berkenal kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal - kenalan.
~>Kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada pada kita.Oleh itu bantulah saudaramu sendiri mengenai cara-cara saudara manyempurnakan tugas.
No comments:
Post a Comment